TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN RUMAH KUARTERS KERAJAAN
KRITERIA PEMILIHAN PENGHUNI RUMAH KERAJAAN
Jawatankuasa Pengurusan Rumah Kerajaan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut semasa membuat pilihan anggota-anggota untuk menduduki Rumah Kerajaan:
- Mengutamakan kepentingan perkhidmatan;
- Kekananan pegawai;
- Keperluan anggota untuk bertugas atas panggilan (on-call)
- Tugas Pegawai diperlukan dalam keadaan kecemasan seperti kes-kes kemalangan, wabak dan bencana;
- Kelulusan untuk mendiami kuarters hanya dibuat berdasarkan bilangan kuarters yang sedia ada sahaja; dan
- Memastikan kuarters yang diisi secara optimum selaras dengan keperluan perkhidmatan.
Nota :
Jawatankuasa Pengurusan Rumah Kerajaan, Jabatan atau institusi boleh memasukkan kriteria-kriteria lain sebagai tambahan jika didapati perlu.
|
|